Sambungan KMK

OK hai! macam mana hari korang hari ni? aku? bosan..so entry kali ni aku akan selitkan gambar suasana dekat matrik. sebelum tu rasa rasa patut tak aku share pasal pelajaran pelajar matrik cena? hmm tegoklah kalau rajin aku tulis. so dekat bawah ni antara gambar suasana dekat matrik kedah KMK 

ok ni pandangan dari bilik aku.. time ni bumi KMK kering Ya Allah sebab tengah musim kemarau.. korang boleh nampak lah kan kering habis rumput rumput. Oh ya aku dulu tinggal dekat blok B aras 1. yg depan korang nampak tu blok C. Lelaki ada 2 blok ja iaitu A1 dan A2. Manakala perempuan ada 4 blok. B1 B2 C1 dan C2.




ok ni pulak pemandangan waktu magrib. yes itulah masjid KMK.. serius cantik gila bila korang nak ambik gambar time macam ni. ni aku ambik gambar masa otw nk pergi masjid.. korang pun kena lah rajinkan diri pergi masjid jangan time nak dekat exam ja baru pergi masjid.oh satu lagi langit dekat KMK pun cantik hokkayyy.. kau ingat langit dengkil ja lawa HAHAHA. 

Tapi tak semestinya time korang nak pergi masjid ja boleh tengok pemandangan cantik ciptaan Allah ni korang jugak boleh tengok time korang nak pergi kelas tambahan. What matrik ada kelas tambahan ka?! HAHAH yesss adik adik adaaa.. selalunya malam lah ye sebab siang hari kelas korang dah sampai pukul 5. Bukan nak takutkan tapi agak penat jugak lah. kelas habis jam 5 then malam ada pulak kelas tambahan start jam 8 sampai pukul 10 selalunya.. depends on lecturer jugak.. rilek gais sekejap ja tak lama pun korang nak hidup macam ni XD. Aku pernah balik bilik jam 7 keluar pulak gi kelas jam 8. pandai pandailah korang bayangkan how aku rushing nak solat asar nak mandi nak solat magrib pulak.. makan? tu tangguh dulu.. huhu takpun makan ja time kelas. jangan risau kecturer berperikemanusiaan.



Ok inilah Dewan Mahawangsa or we called it DM bukan DM dewan makan ok?XD awal awal aku pun ingat DM tu dewan makan HAHAH. dewan ni takde aircond tau HAAHHAH giliran korang pulak rasa kepanasan. nasihat aku bawak kipas tangan atau kipas elektronik. so tak lah panas sangat.

dan untuk makluman korang gambar ini diambil masa persediaan nak buat majlis graduasi. so yang mana masuk KMK tu korang bertuah sebab KMK adalah satu satunya matrik yang ada majlis graduasi. jangan risau gais semua student KMK terlibat tak kisah lah pointer korang berapa. nanti korang boleh lah ambik gambar pakai jubah graduasi then upload insta. acah dah graduated lah kononnya XD


  
next ni pulak dataran budak lelaki. gambar ni diambil dari Bangunan Langkasuka.. or we called it BL. BL ni nanti jadi empat korang ambik periksa selepas Bilik tuto dan DM. BL pun boleh tahan panas gais. tapi kalau nasib korang baik korang dapat duduk bawah kipas kalau tak bertabahlah..


dan gambar terakhir ni gambar dewan kuliah besar 2 atau kami paggil DKB2. ada banyak lagi dewan kuliah tapi mostly kelas aku dekat DKB ja.. ada jugak Dewan Kuliah Kecil (DKK) jangan risau semua Dewan Kuliah (DK) ada aircond. ikut DK mana korang duduk ja kadang ada aircond slow ada aircond kuat dan ada hari aircond rosak XD

ok next aku nak cerita pasal apa eh? HA! pasal asrama.. ok nanti korang akan dapat bilik. setiap bilik dikongsi seramai 4 orang pelajar. dalam bilik tu campur campur semua modul. tak kisah aliran sains ka akaun. dan campur campur bangsa dan agama ok? so korang kena lah saling menghormati antara satu sama lain. aku dulu roomates aku orang Kelantan Terengganu dan Kedah. aku rasa untung sangat dapat roomate dari Kelantan dengan Terengganu ni.. sebab bila dah habis ja matrik finally aku paham jugak sikit sikit dialek diaorang.. kalau awal dulu memang tak paham langsung. boleh kata setiap hari kami belajar perkataan baru XD. Kenangan~

pasal tempat makan setiap blok ada cafe diaorang sendiri. Blok A ada 1 cafe dan begitu jugak blok blok lain..Cafe yang murah dan sedap bagi aku Cafe C sebab masakan dia ala kampung dan makanan dia murah murah.. aku pernah beli lauk ayam telur dengan soton kena bayar RM3.50 SAHAJA! murah der!

pasal elaun pulak.. korang sedia maklum kan student matrik akan dapat elaun. elaun yang korang akan dapat adalah sebanyak RM2500 selama 2 sem (student PST) Tapi duit ni diaorang akan bagi ikut bulan ok. setiap bulan dapat RM250. pandai pandailah korang guna. yang sedih pasal elaun ni dia masuk tak menentu.. ikut suka kerajaan lah. time sesi aku dulu elaun pernah kena tangguh smpai 3 bulan! fuh time ni agak sesak lah jugak. sampai masalah pasal elaun ni masuk berita lah. almdulillah akhirnya kami dapat jugak elaun kami yang tertunggak sampai 3 bulan tu sekaligus! RM750 masuk akaun sekaligus kau! joli sakan budak budak matrik time ni hehe

Hmm aku nak cerita pasalapa lagi nih? elaun dan asrama dah waktu belajar dah.. ok next aku akan sambung pasal pelajaran pulak eh dan maybe pasal lain lain sikit. ok daaa jumpa lagi :)

sorry sebab entry kali ni sikit sangat gambar yang aku letak.. sebabnya banyak gambar dalam phone lagi.. entah bila aku nak rajin pindah masuk laptop







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) UTeM