Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) UTeM

http://maisyahanim.blogspot.com/2018/06/ijazah-sarjana-muda-sains-komputer.html?m=1
Update : this post is more terperinci abt this course. U can read both post to get more knowledge :)


Bismillahirahmanirahni. Jadi malam ni aku dapat kerajinan untuk share serba sedikit tentang kos yg ditawarkan kepada aku. Rezeki aku senang cakap. Kos ni aku letak pilihan ke 2. Aku ingtkan susah la nak dapat sebab kos multimedia ni famous. Susah nak masuk sebab banyak persaingan. Tapi alhmdulillah tak sangka aku ada rezeki dengan course ni. So first let me introduce to you gais about my lovely university first.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aku rasa ni la first time aku sayangkan tempat pengajian aku sebegini banyak ❤. Maybe sebab time minggu orentasi semua akak abg fasasi telah handle dengan cara yang terbaik dan professional sehingga mampu tanamkan perasaan cintakan UTeM. Utem merupakan universiti teknikal pertama di Malaysia. Di sini hanya ada dua major kos yg ditawarkan iaitu kejuruteraan dan sains komputer. No biologi here. Dari 2 main course tu dia pecahkan lagi kepada major2 dia. So setiap major ada fakulti masing2. Antaranya, fakulti teknologi kejuruteraan, FTK (fakulti paling ramai), fakulti kejuruteraan elektrik(FKE), fakulti kejuruteraan pembuatan(FKP), fakulti kejuruteraan mekanikal(FKM), fakulti kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan komputer(FKEKK), FPTT (tktau nama full fakulti huhu) dan my own fakulti is fakulti teknologi maklumat dan komunikasi(FTMK). Antara benda penting kau kena tahu pasal uni ni ialah... uni ni major LELAKI. So get ready untuk rasa pelik atau rimas macam first2 aku rasa. Sebab selama ni aku terbiasa dengan suasana ramai perempuan. But then bila aku masuk sini aku rasa rimas 😅. 2 3 weeks yg pertama aku stress jugak sebab raaammaiiii lelakiiii. Pergi mana2 aku kena behave. Kena pakai elok2 full bertutup aurat. Tidak sebebas dulu. But now aku dah okay dengan suasana ini.

Second thing yang korang wajib tahu ialah utem ni terkenal dengan bau ayam! hahahahahah. If korang dapat kolej lestari get ready la hidung tu nak bau ayam malam2. Lagi2 kalau hujan allahuu. Dari mana datang bau ayam ni? Ada senior cakap ada kilang ayam dekat2 dengan utem. Tapi smpai sekrang aku tktau dekat mana kilang tu.

Okay third thing yang kau kena tahu ialah utem yang main campus aka kampus induk adalah kampus baru. So gais korang sangat2 la beruntung kalau dapat tinggal dalam main campus. Sebab semua benda baru! Kalau korang dapat pulak kolej satria. Peh memang cantik kolej dia. Next entry aku akan tnjuk gmbar. For now aku akan cerita je.

Okay settle pasal universiti. Next aku teruskan dengan cerita kos aku. First thing is. Course ini 70% coursework and another 30% is final. FTMK iaitu fakulti teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu2 nya fakulti yg coursework dia 70%. Ada pro dan contra dia. Pro dia korang tak perlu nak pulun sangat untuk final. Tapi contra dia korang kena sentiasa jaga markah coursework korang. Get ready untuk dapat assignment EVERY WEEK especially subjek multimedia. Gais perlu diingatkan actually kos ini agak susah terutamanya bagi mereka yang tiada basic asas programming dan others software such as photoshop. My advice is banyak2 belajar dari youtube. Sebab lecturer korang takkan suap. Dia hanya akan bagi assignment then yg dia tau dia nak assignmen tu siap even kau tkde basic dengan benda tu. Jangan takut gais. Youtube kan hadoo!! Hohoho. Pandai2 lah kau hidup

I think so far tu je yang aku boleh kongsikan tentang kos aku. almaklumlah baru sebulan lebih tinggal sini. nanti bila dah grad insyaAllah aku cerita full pasal course ni. Get ready untuk cuci mata dengan kecantikan UTeM dekat next entry!. See you soon!


Alor Janggus Kedah Malaysia
cuti midsem
17/10/2017 8:21PM

Guys dont forget to read my next post. Tajuk yang sama. Entry yg tu aku terangkan dengan lebih terperinci tentang kos ni. Thank you :)




Ulasan

  1. Salam akak.....maaf tanye semua kos degree di UTEM ade subjek coding ye kak?..terimekasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam and hi sorry for the late reply. No, tak semua course dalam UTeM ada subjek coding :). Contoh yg takde course Business. Saya cuma explain pasal course dan fakulti saya yg memang wajib belajar coding :)

      Padam
    2. Salam saya nak tya, kalo math tu math yg level tinggi ke sebab saya zero dalam math dan band berapa ya muet untuk graduate

      Padam
    3. Hi Buni. Math level quite tinggi jugak. First sem awak belajae Numerical Method. Next2 sem awak akan belajar Statistik, and Calculus. Dont worry lecturer ada untuk ajar awam. Just fokus dan belajar betul2 😉

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif)