KMK lagi
hai hai jumpa lagi... hari yang sama.. seperti yang dijanjikan ni lagi gambar gambar sekeliling KMK. tak banyak yang aku dapat kongsi sebab aku tak banyak ambik gambar suasana huhu.. ok aku akan tambah sikit skit pasal KMK dekat setiap gambar.. yang mana yang akuteringat ja la yee.. if korang ada soalan boleh email ke aku.. email aku boleh refer dekat bahagian bio :)
Ni pulak gambar suasana perlawanan akhir antara Dato Lee Chong Wei dengan Lin Dan dekat cafe B . Alaa korang mesti ingat punya game ni. nampak tak berapa ramai yang turun siap bawak turun tuto untuk disiapkan. HAHAHA punya lah semangt nak tengok game epik antara 2 manusia legend ni. cina india melayu semua bersatu as 1 Malaysia. pergh kenangan.. sayang aku tak upload gambar suasana final antara Kedah dengan Selangor Piala Malaysia. time tu tak kisah lah kau negeri mana semua sokong Kedah sebab kalau Kedah menang esoknya dapat cuti XD. nasib menang HAHA tiak sia sia aku turun sokong sambil jerit jerit sampai habis suara HAHA kenangan LAGI hhahaha.
seperti yang korang nampak tu lah padang KMK. luas lah jugak. Yg tu court futsal tak silap aku sebab petang petang budak laki mesti main futsal dekat siut. Oh ya dekat KMK kita ada court Badminton iaitu dalam DM, court Squash, court bola keranjang, court petanque dan court bola jaring. rasanya tu ja kot? huhu entah la aku lupa aku jarang turun padang. satu lagi korang jugak boleh pinjam basikal petang petang tak perlu bayar just bawak kad matrik dan berpakaian kemas.
Haaa bagi yang malas basuh baju dengan tangan macam aku korang jangan risau sebab setiap blok akan ada dobi. Basu baju min RM2 dan siap ada dryer ok! Dryer RM2 jugak.. ni time hujung minggu korang nampak lah memang ramai. so jadi pengguna yang bijak korang basuh lah time orang takdak macam awal awal pagi atau weekday
Ok gais yang tu lah sebahagian dari padang KMK hahaha.. yanf bumbung besar tu lah dewan mahawangsa (DM)
Sorry kalau ada yang terloya hahaha.. eleh nanti kalau korang bio korang kena buat jugak experiment ni.. btw ni experiment untuk tentukan jenis darah korang. haa baguslah untuk orang yang macam aku yang memang taktau jenis darah.. jangan risau tak sakit punsss..
Ni salah seekor kucing dekat KMK. aku belum cakap lagi eh KMK ada banyak kucing? untuk peminat kucing macam aku jangan nangis kalau rindu kucing korang dekat rumah sebab dekat sini ada banyak gila kucing yang comel dan aku perasan semua kucing dekat KMK ni bersih bersih dan gemuk gemukss..
Haaa ni lah padang kmk.. yang nampak macam stadium tu kita paggil dia apabenda tah hahaha adui aku lupa nanti korang tanya lah lecturer koko korang..aik dekat matrik pun ada kokurikulum ke? yes adik adik adaaa.. but jangan risau koko dekat matrik tak macam sekolah. koko dekat matrik hanya ada 2 jam dalam satu minggu. dan waktu koko memang dah tetap dalam jadual korang bukan macam sekolah ok.. dan subjek koko ni hanya ada satu sem ja. either sem 1 atau sem 2
saja nak selit sikit ni time larian KAKOM tak silap aku. apa tu KAKOM? KAKOM is Karnival Kokurikulum Matrikulasi. KAKOM selalu buat hujung sem1. So sesiapa yang terlibat dengan kakom ni korang punya cuti sem kurang satu minggu lah.. sebab kakom ni ambik masa satu minggu jugak. Sesi aku tak silap aku KMK dapat number 3 @ 4 centu huhu lupa dahhh
Sebelum ni aku dah tunjuk dataran pelajar lelaki ni kan? so ni dataran pelajar perempuan. yang korang nampak blok tu ialah Blok B1.student student selalu melepak sini time petang atau malam malam lepas habis kelas atau selepas isyak. dan wajib balik bilik sebelum jam 11 sebab nanti makcik guard duk hon hon pulak halau ahaha
kana yang hadapan tu ialah bangunan dewan kuliah dimana semua dewan kuliah ditempatkan.. tepi bangunan tu pulak bangunan pentadbiran.. tempat korang boleh jumpak lecturer.. tempat lecturer kita tak panggil bilik lecturer ok. kita paggil kubikel. sama ja mksd dia macam bilik guru lah. rajin rajinkan lah pergi kubik ye adik adik..
sepanjan jalan nak ke kelas..
and last but not least ni laluan nak ke library.. library ada aircond korang jangan risau tapi kadang kadang rosak HAHAH. tapi time sesi aku pengarah kitaorang yang mana sekarang dah pindah dia arahkan tutp aircond dekat lib sebab student masuk untuk lena bukan untuk study HAHAHH ksian kami huhu
Ulasan
Catat Ulasan