Kedah Matricuation College (KMK)

hai once again.. yeah seems right aku dah jumpa apa yang aku nak share malam ni.. ok first aku nak share kisah hidup aku di matrik.. not fully kisah hidup lah. Its more to how to survive in matric life. Since student sesi 17/18 pun dah masuk daftar.. nampak nya entry ni maybe akan dibaca oleh adik adik sesi 18/19 pulak..

 ok first of all. please buang mindset yang mengatakan budak yang masuk matrik ni budak pandai. bagi aku mereka yang masuk matrik ni adalah mereka yang berani. kenapa berani? sebab even ditakutkan oleh orang2 yang tak pernah masuk matrik yang mengatakan matrik ni susah mereka tetap pilih untuk masuk matrik! ok berikan tepukan untuk diri masing masing HAHA. ok aku mengaku memang susah sampai tahap bila aku dah barjaya habiskan pengajian aku stll terfikir macam aku boleh tahan hidup macam tu? japgi aku cerita..

So ditakdirkan lepas keluar keputusan spm yang tak seberapa iaitu 3A sahaja.. but result untuk subject sains aku (bio,fzik,kimia) kira ok jugak la.. dan math aku pun cukup cukup makan iaitu C+. aku cerita detail sebab taknak orang tanya hahaha..alhamdulillah aku dapat matrik kedah yang terletak di changlun. sebelum dapat matrik lagi aku dah buat keputusan taknak masuk sebab takut plus ingat nak lari dari sains haha. tapi disebabkan aku tak dapat UPU so aku teruskan dengan matrik..aku masuk matrik dengan azam nak balas dendam dekat SPM dan nak kejar cita cita aku nak jadi doktor veterinar because I love cats so much hehe..

ok first lets me start about life as a matrisc student.. korang duk matrik tak macam duk asrama sekolah tauu..tak ada prep malam ka prep petang.. dekat matrik korang dah bebas.. korang nak study ka korang nak main ka itu korang punya pasal. ok di matrik kedah dan kebanyakkan matrik kelas start jam 8. bagi student sains kelas habis pukul 5 atau kadang pukul 4 tapi student akaun setiap hari diaorang  habis kelas jam 4. awal sejam jee punn.. so dari pukul 8 hingga pukul 5 tu akan ada 2 jam masa rehat.. first ikut jadual yang ditetapkan either jam berapa pun dan second yang memang semua orang akan rehat adalah jam 1 sampai jam 2. time ni kalau student kmk korang boleh balik bilik dan solat zohor atau just pergi masjid.. masjid kmk besar tauu. masjid tu memang orang duk solat jumaat so senang bagi student lelaki diaorang tak perlu keluar dah kalau nak gi solat jumaat. Ok done pasal waktu kelas..

Next aku nak cerita pasal outing.. kalau korang nak tau KMK ni boleh dikategorikan sebagai matrik yang alim lah HAHA. Sebab dekat kmk korang outing laki perempuan asing asing. Perempuan hari jumaat lelaki hari sabtu. Waktu outing dari jam 7 pagi sampai 7 petang. port mostly student kmk outing of course la Cmart Changlun.. naik teksi satu teksi RM8. share 4 orang so pandai pandai lah bahagi. kalau ada duit lebih korang pergi lah Alor Star ka atau pun padang besar. share duit dengan kengkawan sewa kereta takpun nak jimat naik KTM hehe.. pakaian outing? HAHA ni part sedih korang kena pakai baju matrik dan kasut bertutup.. ala apa susah keluar matrik korang tukar la baju.. kalau korang outing jauh jauh la ye kalau setakat Cmart tu tkyah tukar lee.. nanti korang gi cmart korang nampak lah ramai budak KMK outing pakai baju kmk. done this part

next entry aku akan sambung ok? nak kena tidur awal sebab sekarang bulan puasa.. esok aku nak kena bangun awal nak sedia sahur plak.. hampa takpa lah sennag bangun bangun orang hidang dah semua.. huhu.. oh ya lupa nak cerita student mtrik sesi 16/17 sekarang tengah tggu keputusan UPU. dan aku sekarang ambik keputusan untuk share pasal matrik since aku tak kerja hehe.. ok daa












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) UTeM